Derita Bentan Lepas Bersalin
Assalamualaikum, selamat sejahtera.. π Memandangkan saya dah janji nak cerita pengalaman tragis selepas lahirkan anak, so this is it. Hehe.. Sucy, anak saya kini berusia 5tahun. Alhamdulillah.. Saya lahirkan dia secara czer kerana komplikasi. Disebabkan saya tak berpeluang untuk berpantang secara sempurna, masalah bentan menghantui saya untuk tempoh yang agak lama. Sucy Hanania Ch'ng ketika berusia setahun lebih.. Masa ni masih stay kat umah mak di Kampung Sungai Bugis. Tiap kali tengok gambar ni, macam dok rasa lagi kesakitan laluπ₯. Masa dalam pantang tu saya memang tak cukup rehat sebab saya ibarat bukan orang sedang berpantang.. Saya kene kemas rumah, membasuh, memasak, mandikan anak.. Dalam keadaan luka czer belum sembuh. Tanpa bantuan sesiapa. Emak saya pulak kencing manis teruk masa tu sampai tak larat berjalan. Makan minumnya wajib sharp on time.. Saya lah yang sediakan. Ya Allah, bila difikirkan balik.. macam mana mampu lalui momen2 sukar macam tu...