Pengalaman Jaga Ibu Lepas Operation Akibat Kencing Manis
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Alhamdulillah hari ni saya berkesempatan nak mulakan perkongsian tentang pengalaman menjaga mak saya, Puan Doyah binti Mat selepas kaki kanannya terpaksa dipotong kerana penyakit kencing manis.
Waktu mak sakit teruk ngan kaki kanan dia makin jadi hitam tu anak saya kecik lagi.. Dalam 1 tahun lebih ja. Saya pulak, disebabkan tak berpantang dengan sempurna sebelum ni, anak umur 1 tahun lebih tu saya jadi bentan. Punya lah seksa nak uruskan rumahtangga dengan anak yang baru nak besar dan aktifnya Allah ja yang tau.. So dalam dok kalut ngan diri sendiri pun tak sihat, anak cerdas sangat, mak pulak pi sakit time tu juga.. Cukup syarat dah. Huhu.. Semuanya jadi tunggang – langgang habih.
Kejadian ni di tahun 2015 saya balik stay di umah mak.. Tinggal lah umah kami yang kat Kuala Perlis tu berhabuk sekerat (separas) lutut. Sebab mak tak mau pi dok dengan kami.. Lantai licin sangat dia kata. Masa tu di umah mak sendiri pun mak terpaksa berjalan sambil meniti (berpaut) di dinding. Lagi 1, umah taman rasa macam terkurung (mak gak yang kata, bukan saya) . Tapi hujung minggu kami 3 beranak balik jugak tidur di rumah Kuala Perlis tu kalau ada adik beradik yang lain pi jaga mak di umah dia di Kampung Sungai Bugis.
Tengok tu.. Masa ni kaki kanan mak mula membusuk. 2-3 hari lagi dekat nak raya, mak teringin nak buka daun palas.
Tapi tiap kali balik ke umah sendiri, handphone memang dok tepi bantal ja sebab takut kalau2 adik beradik call bagitau mak nazak atau mak mati.. . Takut btoi masa tu.. Saya ingat tahun 2015 akan jadi tahun terakhir kami dengan mak..
Walaupun mak memang sakit teruk sampai demam dan kurus sangat, mak tak mau ke hospital sebab masa tu bulan Ramadan.. Mak kata kalau ya pun nak bawak dia pi hospital, tunggu lah sampai habih bulan puasa dulu. Mak nak raya di umah dia.. Sob sob. Mau tak mau, kami semua adik beradik terpaksa setuju.
Elok habis ja bulan puasa tu, hari raya pertama mak ajak abang saya pi hospital sebab sakit sangat dah. Tahun tu kami adik beradik memang tak rasa suasana raya pun. Masing-masing dok risau keadaan mak. Ketupat dengan gulai daging tak berbau pun(means memang tak masak so nak bau apa, kan?
Lebih kurang seminggu mak masuk wad, kaki kanan mak terpaksa dipotong doktor kata. Sebab dah hitam dan membahayakan nyawa. Dah sampai macam tu sekali, kami semua kena setuju jugak walaupun rasa sedih bila teringat lepas ni mak akan jadi cacat.. . Tapi rasa bersyukur kerana nyawa mak masih dipanjangkan Allah. Alhamdulillah..
Selepas beberapa hari sesudah operation, mak pun keluar wad dan kena jalani rutin 45 hari cuci kaki di klinik kesihatan. Tempoh 45 hari ni kakak saya yang jaga mak. Selepas operation rambut mak luruh (gugur) teruk macam orang baru lepas kemoterapi.
Selepas 45 hari saya pulak yang balik jaga mak di Sungai Bugis. Mak masih bergantung pada ubat-ubatan hospital sepenuhnya masa ni. Bila tengok keadaan mak yang masih nampak macam orang sakit tu saya terfikir nak bagi supplement kat mak.. Tapi supplement apa ek? Lepas tu bermula lah fasa baru lam hidup mak saya sebab sebelum ni dia tak pernah kenal pun supplement tu apa benda . Maklumlah mak saya lahir tahun 1939..
Ni lah produk-produk shaklee yang diamalkan mak saya sejak 2015 hingga kini
Saya Google dengan gigihnya untuk cari the best supplemen untuk mak saya dan akhirnya berjumpa lah dengan produk di atas.. Ya, Shaklee nama dia. Pernah kenal nama ni lamaaa dulu tapi takda perasaan apa-apa masa tu. Tapi tidak kali ni selepas nampak perubahan yang sangat ketara pada mak saya. Tak percaya? Tengok gambar terbaru dibawah..π
Gambar terkini 2019.. Mak makin berisi dan muka nampak berseri, kan?
Tak lama selepas amalkan produk shaklee, mak makin selera makan.. Nak naik turun katil tak perlu dipapah, nyenyak tidur, rambut tumbuh dengan lebatnya dan paling penting, lebih khusyuk dalam beribadat. Alhamdulillah…
Haa.. Panjang dah saya menulis cerita happy ending ni, kan? Hehe, OK lah, rasanya sampai di sini dulu.. Nanti saya akan cerita macamana saya boleh sembuh dari masalah bentan dengan hanya mengamalkan produk shaklee sahaja dan sudah tentu dengan izin dari Allah jua.
Jika ada sebarang pertanyaan tentang pengalaman saya dengan Shaklee, hubungi nombor ni ye..
Assalamualaikum, selamat sejahtera.. π Memandangkan saya dah janji nak cerita pengalaman tragis selepas lahirkan anak, so this is it. Hehe.. Sucy, anak saya kini berusia 5tahun. Alhamdulillah.. Saya lahirkan dia secara czer kerana komplikasi. Disebabkan saya tak berpeluang untuk berpantang secara sempurna, masalah bentan menghantui saya untuk tempoh yang agak lama. Sucy Hanania Ch'ng ketika berusia setahun lebih.. Masa ni masih stay kat umah mak di Kampung Sungai Bugis. Tiap kali tengok gambar ni, macam dok rasa lagi kesakitan laluπ₯. Masa dalam pantang tu saya memang tak cukup rehat sebab saya ibarat bukan orang sedang berpantang.. Saya kene kemas rumah, membasuh, memasak, mandikan anak.. Dalam keadaan luka czer belum sembuh. Tanpa bantuan sesiapa. Emak saya pulak kencing manis teruk masa tu sampai tak larat berjalan. Makan minumnya wajib sharp on time.. Saya lah yang sediakan. Ya Allah, bila difikirkan balik.. macam mana mampu lalui momen2 sukar macam tu...
Comments
Post a Comment