Derita Bentan Lepas Bersalin
Assalamualaikum, selamat sejahtera.. ๐
Memandangkan saya dah janji nak cerita pengalaman tragis selepas lahirkan anak, so this is it. Hehe.. Sucy, anak saya kini berusia 5tahun. Alhamdulillah.. Saya lahirkan dia secara czer kerana komplikasi. Disebabkan saya tak berpeluang untuk berpantang secara sempurna, masalah bentan menghantui saya untuk tempoh yang agak lama.
![]() |
| Sucy Hanania Ch'ng ketika berusia setahun lebih.. Masa ni masih stay kat umah mak di Kampung Sungai Bugis. Tiap kali tengok gambar ni, macam dok rasa lagi kesakitan lalu๐ฅ. |
Masa dalam pantang tu saya memang tak cukup rehat sebab saya ibarat bukan orang sedang berpantang.. Saya kene kemas rumah, membasuh, memasak, mandikan anak.. Dalam keadaan luka czer belum sembuh. Tanpa bantuan sesiapa.
Emak saya pulak kencing manis teruk masa tu sampai tak larat berjalan. Makan minumnya wajib sharp on time.. Saya lah yang sediakan.
Ya Allah, bila difikirkan balik.. macam mana mampu lalui momen2 sukar macam tu kalau bukan dengan izin Tuhan.
Saya sakit urat teruk..pernah terpaksa naik wheel chair nak ke dapur untuk masak. Sedih sungguh.. Sampai bidan dalam kampung datang suruh segera ikhtiar sembuhkan masalah tu kalau tak nak ditinggalkan suami๐ฅ. Masa tu saya tak ambil sebarang pil herba sebab anak saya jadi panas due to menyusu badan sepenuhnya.
Dalam tempoh tu jugak mak saya kena potong kaki kerana kencing manis.. Kencing berak nye harus guna tandas kerusi yang letak baldi kat bawah.
![]() |
| Kerusi tandas ni lah yang mak gunakan setiap hari sejak tahun 2015 |
Setiap kali nak tolong buangkan najis mak, air mata saya deras macam hujan sebab urat paha membawa ke kaki sakit macam disentap. Dalam sehari sekurang-kurangnya 5x saya kena buat rutin buang najis mak. Bayangkan kesakitan berulang yang saya terpaksa tanggung.. ๐ญ
Anak saya pulak sangat lah aktif menginjak ke umur 1 tahun.. Saya pulak belum sembuh dari sakit urat. Bertungku dah, sapu minyak bidan pun dah.. Tapi keadaan tak berubah.
Penderitaan saya berlarutan setahun lebih apabila saya sedar perlu berbuat sesuatu untuk improve kualiti hidup.. Bermula dari situ saya mula mencari produk yang boleh menyelesaikan masalah saya sehingga lah bertemu dengan Shaklee..
![]() |
| Sudah hampir 4 tahun saya masih setia dengan produk2 ni |
Alhamdulillah, hidup saya kini lebih bermakna kerana masalah bentan sembuh sepenuhnya.. Nasihat saya pada yang sedang lalui perkara sama, buat lah sesuatu sebelum terlambat.. Masalah bentan tidak akan sembuh dengan sendirinya. Pilihlah produk yang berkualiti dan dijamin keberkesanannya.
Terima kasih kerana meluangkan masa membaca pengalaman pahit saya selepas bersalin.. Jika berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk2 di atas dan cara pengambilannya, boleh hubungi saya,
Zaina di 019-527 9974(sms/call/WhatsApp).
Facebook : Ruzaina Ramli
Instagram: ruzainachng
Saya akan cuba membantu anda sebaik yang mungkin. InsyaAllah..๐
Terima kasih kerana meluangkan masa membaca pengalaman pahit saya selepas bersalin.. Jika berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk2 di atas dan cara pengambilannya, boleh hubungi saya,
Zaina di 019-527 9974(sms/call/WhatsApp).
Facebook : Ruzaina Ramli
Instagram: ruzainachng
Saya akan cuba membantu anda sebaik yang mungkin. InsyaAllah..๐




Comments
Post a Comment