Kemurungan Lepas Bersalin : Pengalaman Peribadi


Assalamualaikum.. Selamat sejahtera😊. Pertama sekali, bukan niat nak buka pekung di dada atau nak dedahkan aib sesiapa dalam posting kali ni.. Cuma nak berkongsi saat-saat sukar dalam hidup sewaktu sakit akibat bentan dulu. 

Perkongsian kali ni lebih kepada tekanan perasaan lantaran kemurungan teruk selepas lahirkan anak.
Airmata peneman setia setiap orang yang mengalami kemurungan
Saya percaya setiap orang pernah mengalami toughest moment sepanjang hayat masing-masing.. Tak kiralah samada pengalaman ketika menderita sakit, kemalangan, penceraian, kehilangan pekerjaan mahupun kehilangan insan tersayang. Semua faktor tadi antara beberapa penyebab kepada berlakunya kemurungan.
Gambar Hari Raya Aidiladha 2015.. Tak rasa nak pakai cantik-cantik walaupun pi beraya rumah orang. Masa ni kaki sakit lagi.. Muka pun gelap teruk! 😩
Sewaktu menderita bentan, saya cuma tengok musim berubah.. dari musim panas terik yang panjang membawa ke musim hujan.. dari musim membajak sawah hinggalah mesin padi mula masuk apabila tiba musim menuai..pokok mempelam daripada berputik bunga hingga jadi buah masak, gugur dimakan ayam. Tapi, yang tak berubah cuma keadaan diri saya.. Masih berjalan terseret-seret membawa kaki kanan yang sakitnya macam ditembak dengan senapang gajah.. (jangan gelak ye) 😢.
Tahun 2015 gak.. Mak baru potong kaki. Masih ingat lagi, gambar ni diambil selepas saya baru balik dari klinik swasta..beli pil kalsium atas nasihat doktor. Tapi kaki sakit camtu jugak😫
Masalah bentan membataskan aktiviti seharian saya.. Nak memasak susah, nak mengemas susah, mana nak mandikan anak lagi.. Pendek kata takda sebarang urusan yang mudah apabila menderita bentan. Timbul jugak perasaan sakit hati dengan adik beradik yang tinggal tak jauh tapi tak datang tolong. Saya ni ada anak kecik, diri saya sendiri pun ke laut.. Nak kena jaga mak yang masalah kencing manis kronik lagi. How is it possible untuk orang yang bentan macam saya nak fulfill semua tu? Saya pun perlukan bantuan. Fizikal saya sakit dan letih.. Mental pulak baik sikit ja daripada yang menetap di Tanjung Rambutan.
Hari Raya Aidilfitri kat rumah mak.. Nak berjalan untuk bergambar ni pun dekat 15 minit. Jarak cuma dalam 5meter je😣
Sewaktu bergelut dengan masalah bentan ni memang rasa putus asa yang amat sangat. Kesakitan tak berkurang, tanggungjawab pulak makin bertambah. Setiap hari terpaksa struggle sorang-sorang mengurus anak, mak dan keperluan suami.

Masa tu saya pantang dengar anak menangis agak lama.. Nanti mulalah saya kancing gigi rapat-rapat sampai menggeletar kepala. Entahlah, setiap kali anak menangis saya rasa bagai diserbu oleh suatu macam perasaan serabut. Rasa nak lari jauh-jauh.
Semua gambar masa ni background rumah mak.. Sebab kami jarang dapat balik ke rumah sendiri😔
Kalau saya dah kemas meja makan, lepas tu ada sesiapa pi letak apa-apa pulak atas meja yang saya dah kemas, saya akan tepis barang tu sampai jatuh ke bawah. Rasa rimas tengok.
Adakala mak akan bantu suapkan anak saya. Kesian mak.. Selain menghidap kencing manis kronik, mak ada penyakit minor Parkinson jugak. Itu antara sebab mak cepat letih dan tangan menggeletar😥
Kemurungan waktu tu macam suatu mimpi buruk tak berpenghujung.. Saya tak boleh fikir positif sikit pun dalam apa jua perkara. Suami saya jenis yang suka makan di rumah.. Dia memang suka makan masakan saya. Sepatutnya rasa bersyukurlah dengan sikap suami yang macam tu, kan.. Tapi disebabkan diri tak sihat, saya selalu persoal dalam hati, "aku dah teruk sampai macam ni pun dia dok kira nak makan di rumah gak.. Kenapa tak bungkus masa balik kerja tadi? Boleh makan sekali."
Encik Nordin Ch'ng Abdullah.. Terima kasih kerana masih sabar dengan kerenah saya. Pejam celik dah 6tahun usia rumahtangga kita☺️
Lagi 1 yang saya perasan waktu kemurungan tu ialah, saya mudah sentap.. Selalu salah anggap kata-kata suami. Dia balik keja penat-penat, nak rest sambil bergurau.. Saya pulak rasa macam dia sengaja nak sakitkan hati saya. Hal macam tu je pun boleh menyebabkan saya menangis. Sampai suami cakap dia tak nak bergurau apa-apa dah dengan saya.. Sebab sikit-sikit sentap, sikit-sikit menangis. Takda sapepun yang tau saya kemurungan termasuk suami sendiri.

Ya, saya sedar keadaan tu perlu diubah.. Saya perlu buat sesuatu. Sehinggalah saya mencuba produk-produk Shaklee untuk masalah bentan, kemurungan pun kian berkurang. Alhamdulillah.. Rupanya ada antara produk tu yang boleh tackle masalah kemurungan, dengan izin Allah. Iaitu B Complex dan Omega Guard sebelum saya add on Ostematrix untuk kesan lebih baik.
Alhamdulillah masalah kemurungan berakhir sejak saya mengamalkan Anxiety Set Shaklee☺️
Sekarang saya dah jadi seorang anxiety survivor 😊.. Nasihat saya kepada yang masih menderita kemurungan, carilah orang-orang yang positif sebagai kawan anda.. Di samping itu, anda perlu tahu bahawa kemurungan juga boleh disebabkan kekurangan nutrien dalam badan.. Jadi, pengambilan supplement yang tepat adalah solusi terbaik.

Jika anda sedang berdepan dengan masalah yang sama, saya boleh dihubungi di:

Whatsapp/Call/sms: 0195279974 Zaina
Facebook: Ruzaina Ramli
Instagram :ruzainachng

Terima kasih kerana berkunjung ke sini!


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Derita Bentan Lepas Bersalin

Pengalaman Jaga Ibu Lepas Operation Akibat Kencing Manis